Thursday, October 13, 2011

Masuk Waktu Isyak Ketika Menunaikan Solat Maghrib

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..heheh :P. Mengikut tajuk post kali ni, perkara ini semestinya pernah berlaku pada diri kita (Kalau x pernah terjadi, Alhamdulillah, teruskan & peliharalah solat di awal waktu), kadang2 kita tertidur, x sedar waktu solat dah nak habis, sangkut kat dalam jem dsb. kita akan terkejar-kejar untuk menunaikan solat sebelum masuknya waktu solat seterusnya.

Contoh Soalan:
Ali (bukan nama sebenar) menunaikan solat maghrib pada hujung2 waktu maghrib, sedang Ali membaca Al-Fatihah pada rakaat ke-2, Azan berkumandang menunjukkan masuk waktu solat Isyak. Pada situasi ini, apakah yang perlu Ali lakukan? Adakah solat maghribnya sah? Perlukah Ali qadha solat maghribnya?

- Kita selami dahulu maksud 'Tunai'(ada') dalam niat solat.
Ada' ialah ibadah berwaktu yang dikerjakan pada waktu yang diperentukkan. Contohnya solat Asar, waktu yang diperuntukkan kepada kita ialah ketika bayang2 sama ukuran dengan benda asalnya, dan berakhir apabila terbenam mentari. Jika kita mengerjakan ibadah dalam lingkungan waktu berkenaan, maka solat itu dinamakan solat tunai atau Ada'.

- Qadha
Qadha bermaksud ganti/bayar balik. Iaitu ibadah yang dikerjakan selepas atau diluar waktu yang ditetapkan. Contohnya solat Maghrib, kita tertinggal solat Maghrib (Samada sengaja atau tidak) lalu kita mengerjakan selepas waktu Maghrib, Ibadah ini dinamakan sebagai Qadha.

Berbalik pada soalan, Ali sedang mengerjakan solat Maghrib dan ketika rakaat ke-2, kedengaran azan masuk waktu Isyak. Apakah yang perlu Ali lakukan? Adakah solat maghribnya sah? Perlukah Ali qadha solat maghribnya?

Ini adalah pendapat Mazhab Syafi'ie. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa yang memperolehi 1 rakaat dari solat subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi 1 rakaat dari solat Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar" (Muttafaq Alaih)

1) Adakah solat Maghrib Ali sah? Apakah yang perlu Ali lakukan? Pertama sekali kita perlu lihat, adakah Ali sempat menyempurnakan 1 rakaat? Ketika masuk waktu Isyak tadi, Ali sedang membaca Al-Fatihah bagi rakaat ke-2, maka solatnya itu dianggap sebagai solat tunai (Ada'). Maka, solat Maghrib Ali adalah Sah, dan Ali Wajib untuk meneruskan solat Maghribnya sehingga selesai rakaat terakhir dan salam.

3) Perlukah Ali qadha solat maghribnya? Tidak perlu, kerana solatnya dianggap Tunai, maka tidak perlu di qadha kn.

Jika Ali tidak sempat menyempurnakan rakaat pertama, contohnya ketika Ali membaca Al-Fatihah selepas mengangkat takbirratul ihram, sudah masuk waktu Isyak, solatnya sah, tetapi dianggap solat Maghrib qadha.

JIKALAU Ali adalah seorang yang bermusafir yang dibenarkan Jamak solat, Ali TIDAK boleh menjamakkan Maghrib dengan Isyak lagi. KENAPE?? Kerana Ali sudah berada dalam waktu Isyak! Maka Ali perlulah menunaikan solat Isyak seperti biasa. Boleh di Qasarkan. Kalau dah lewat macam ni nak Jamak juga, Jamak lah di waktu Isyak dengan Jamak Takhir. Jgn lupe NIAT!

Friday, September 30, 2011

Solat Jumaat Lewat!!

Soalan yang bermain di minda hari ini: Solat Jumaat Lewat! (sampai2 masjid, orang sume dah start solat. Jadi, bagaimana caranya Ali (contoh) nak solat Jumaat sekiranya Ali terkemudian dari Imam?

Ade 2 kemungkinan yang berlaku:
1) Imam sudah habis rakaat pertama
2) Imam sudah duduk tahiyat akhir

Jawapan dari sumber Majlis Ulama ISMA:

Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ Sesiapa yang memperolehi satu rakaat sesungguhnya ia memperolehi kesemuanya”
( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dalam hadith yang lain, Baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ sesiapa yang memeprolehi satu rakaat daripada solat jumaat, maka lengkapkan rakaatnya dan  sempurnalah sembahyangnya”
(Riwayat al-Nasa`I, Ibn Majah dan Darulqutni).



Rakaat Pertama:

  • Sekiranya Ali sempat rukuk bersama imam pada rakaat pertama (sebelum imam sujud), maka Ali hanya perlu menggantikan 1 rakaat yang tertinggal sesudah imam memberi salam.

Rakaat Kedua:

  • Sekiranya Ali hanya sempat bersama imam selepas daripada rukuk rakaat ke-2 (imam dah duduk tahiyat akhir), maka Ali hendaklah melengkapkan 4 rakaat seperti solat Zohor TANPA memerlukan niat yang baru sesudah imam memberi salam.


Inilah pendapat kebanyakan sahabat seperti Ibn Mas'ud, Ibn Umar dan juga imam Mazhab Al-Syafi'I, Al-Maliki dan Al-Hanbali. Maka, usahlah kita lengah2kan Solat Jumaat, turun awal, dengar khutbah dengan khusyuk, dapatkan saf hadapan, semoga kita perolehi kesemuanya keberkatan pahala solat Jumaat, Aminn.


Sumber:
http://muis.ismaweb.net

Thursday, September 29, 2011

Makmum Lewat Menyertai Solat Berjemaah (Makmum Muwafik & Makmum Masbuk)

Terdapat 2 jenis makmum yang lewat:
1) Makmum Muwafik
  • Makmum yang dapat bersama imam dari rakaat pertama sehingga selesai Solat. Dengan syarat, makmum sempat rukuk bersama imam pada rakaat pertama. Maka, tiada rakaat yang perlu di ganti.
  • Sebagai contoh: Ali sedikit lewat menyertai solat Zohor berjamaah dan ketika Ali mengangkat Takbirratul Ihram, imam baru mula membaca surah bagi rakaat pertama. 
  • Maka, tiada rakaat yang perlu diganti oleh Ali apabila selesai solat kerana ketika itu, imam masih belum rukuk.

2) Makmum Masbuk
  • Makmum yang mengangkat takbiratul ihram tetapi imam sudah sujud, maka rakaat tersebut dan rakaat sebelum2nya perlu di ganti sesudah imam memberi salam.
  • Sebagai contoh: Ali menyertai solat Zohor berjamaah dan ketika mengangkat Takbirratul Ihram, imam sedang duduk tahiyat awal, maka Ali terus mengikuti imam untuk duduk tahiyat Awal.
  • Maka, sesudah imam memberi salam pertama, Ali perlu bangun meneruskan solat dan menggantikan 2 rakaat, kerana ketika mengangkat Takbirratul Ihram, imam sudah melepasi rukuk rakaat yang ke-2.

Thursday, September 22, 2011

Salam Ukhwah, Salam Sejahtera

Untuk post pertama blog ni, saya sertakan sedikit sebanyak tujuan saya memulakan blog ini. 1st of all, bahasa dalam blog ni rojak2 sket. Tetapi mostly dalam Bahasa Melayu, InsyaAllah. Tujuan blog ini adalah bagi mengumpulkan info2 penting berkenaan Islam, hal ehwal agama dan yang paling saya fokuskan adalah berkenaan panduan2 ibadah harian kita yang kadang2 kita pn xtahu. Berasaskan dari pengalaman diri, saya selalu meng'google' untuk mencari info2 harian sebagai contoh paling senang, panduan solat Jamak & Qasar, syarat2, hukum2 agama, doa2 dan lain2. InsyaAllah saya akan pastikan info2 dalam blog ini adalah benar dan sah dari sumber2 yang dipercayai..aminn. Jika ade kesilapan info, kita sama2 boleh bincangkan, semoga panduan ni dapat kita kongsikan bersama2.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan blog ini....hehehe..wassalam~