Thursday, October 13, 2011

Masuk Waktu Isyak Ketika Menunaikan Solat Maghrib

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..heheh :P. Mengikut tajuk post kali ni, perkara ini semestinya pernah berlaku pada diri kita (Kalau x pernah terjadi, Alhamdulillah, teruskan & peliharalah solat di awal waktu), kadang2 kita tertidur, x sedar waktu solat dah nak habis, sangkut kat dalam jem dsb. kita akan terkejar-kejar untuk menunaikan solat sebelum masuknya waktu solat seterusnya.

Contoh Soalan:
Ali (bukan nama sebenar) menunaikan solat maghrib pada hujung2 waktu maghrib, sedang Ali membaca Al-Fatihah pada rakaat ke-2, Azan berkumandang menunjukkan masuk waktu solat Isyak. Pada situasi ini, apakah yang perlu Ali lakukan? Adakah solat maghribnya sah? Perlukah Ali qadha solat maghribnya?

- Kita selami dahulu maksud 'Tunai'(ada') dalam niat solat.
Ada' ialah ibadah berwaktu yang dikerjakan pada waktu yang diperentukkan. Contohnya solat Asar, waktu yang diperuntukkan kepada kita ialah ketika bayang2 sama ukuran dengan benda asalnya, dan berakhir apabila terbenam mentari. Jika kita mengerjakan ibadah dalam lingkungan waktu berkenaan, maka solat itu dinamakan solat tunai atau Ada'.

- Qadha
Qadha bermaksud ganti/bayar balik. Iaitu ibadah yang dikerjakan selepas atau diluar waktu yang ditetapkan. Contohnya solat Maghrib, kita tertinggal solat Maghrib (Samada sengaja atau tidak) lalu kita mengerjakan selepas waktu Maghrib, Ibadah ini dinamakan sebagai Qadha.

Berbalik pada soalan, Ali sedang mengerjakan solat Maghrib dan ketika rakaat ke-2, kedengaran azan masuk waktu Isyak. Apakah yang perlu Ali lakukan? Adakah solat maghribnya sah? Perlukah Ali qadha solat maghribnya?

Ini adalah pendapat Mazhab Syafi'ie. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa yang memperolehi 1 rakaat dari solat subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi 1 rakaat dari solat Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar" (Muttafaq Alaih)

1) Adakah solat Maghrib Ali sah? Apakah yang perlu Ali lakukan? Pertama sekali kita perlu lihat, adakah Ali sempat menyempurnakan 1 rakaat? Ketika masuk waktu Isyak tadi, Ali sedang membaca Al-Fatihah bagi rakaat ke-2, maka solatnya itu dianggap sebagai solat tunai (Ada'). Maka, solat Maghrib Ali adalah Sah, dan Ali Wajib untuk meneruskan solat Maghribnya sehingga selesai rakaat terakhir dan salam.

3) Perlukah Ali qadha solat maghribnya? Tidak perlu, kerana solatnya dianggap Tunai, maka tidak perlu di qadha kn.

Jika Ali tidak sempat menyempurnakan rakaat pertama, contohnya ketika Ali membaca Al-Fatihah selepas mengangkat takbirratul ihram, sudah masuk waktu Isyak, solatnya sah, tetapi dianggap solat Maghrib qadha.

JIKALAU Ali adalah seorang yang bermusafir yang dibenarkan Jamak solat, Ali TIDAK boleh menjamakkan Maghrib dengan Isyak lagi. KENAPE?? Kerana Ali sudah berada dalam waktu Isyak! Maka Ali perlulah menunaikan solat Isyak seperti biasa. Boleh di Qasarkan. Kalau dah lewat macam ni nak Jamak juga, Jamak lah di waktu Isyak dengan Jamak Takhir. Jgn lupe NIAT!