Friday, September 30, 2011

Solat Jumaat Lewat!!

Soalan yang bermain di minda hari ini: Solat Jumaat Lewat! (sampai2 masjid, orang sume dah start solat. Jadi, bagaimana caranya Ali (contoh) nak solat Jumaat sekiranya Ali terkemudian dari Imam?

Ade 2 kemungkinan yang berlaku:
1) Imam sudah habis rakaat pertama
2) Imam sudah duduk tahiyat akhir

Jawapan dari sumber Majlis Ulama ISMA:

Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ Sesiapa yang memperolehi satu rakaat sesungguhnya ia memperolehi kesemuanya”
( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dalam hadith yang lain, Baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ sesiapa yang memeprolehi satu rakaat daripada solat jumaat, maka lengkapkan rakaatnya dan  sempurnalah sembahyangnya”
(Riwayat al-Nasa`I, Ibn Majah dan Darulqutni).



Rakaat Pertama:

  • Sekiranya Ali sempat rukuk bersama imam pada rakaat pertama (sebelum imam sujud), maka Ali hanya perlu menggantikan 1 rakaat yang tertinggal sesudah imam memberi salam.

Rakaat Kedua:

  • Sekiranya Ali hanya sempat bersama imam selepas daripada rukuk rakaat ke-2 (imam dah duduk tahiyat akhir), maka Ali hendaklah melengkapkan 4 rakaat seperti solat Zohor TANPA memerlukan niat yang baru sesudah imam memberi salam.


Inilah pendapat kebanyakan sahabat seperti Ibn Mas'ud, Ibn Umar dan juga imam Mazhab Al-Syafi'I, Al-Maliki dan Al-Hanbali. Maka, usahlah kita lengah2kan Solat Jumaat, turun awal, dengar khutbah dengan khusyuk, dapatkan saf hadapan, semoga kita perolehi kesemuanya keberkatan pahala solat Jumaat, Aminn.


Sumber:
http://muis.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment