Thursday, October 13, 2011

Masuk Waktu Isyak Ketika Menunaikan Solat Maghrib

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..heheh :P. Mengikut tajuk post kali ni, perkara ini semestinya pernah berlaku pada diri kita (Kalau x pernah terjadi, Alhamdulillah, teruskan & peliharalah solat di awal waktu), kadang2 kita tertidur, x sedar waktu solat dah nak habis, sangkut kat dalam jem dsb. kita akan terkejar-kejar untuk menunaikan solat sebelum masuknya waktu solat seterusnya.

Contoh Soalan:
Ali (bukan nama sebenar) menunaikan solat maghrib pada hujung2 waktu maghrib, sedang Ali membaca Al-Fatihah pada rakaat ke-2, Azan berkumandang menunjukkan masuk waktu solat Isyak. Pada situasi ini, apakah yang perlu Ali lakukan? Adakah solat maghribnya sah? Perlukah Ali qadha solat maghribnya?

- Kita selami dahulu maksud 'Tunai'(ada') dalam niat solat.
Ada' ialah ibadah berwaktu yang dikerjakan pada waktu yang diperentukkan. Contohnya solat Asar, waktu yang diperuntukkan kepada kita ialah ketika bayang2 sama ukuran dengan benda asalnya, dan berakhir apabila terbenam mentari. Jika kita mengerjakan ibadah dalam lingkungan waktu berkenaan, maka solat itu dinamakan solat tunai atau Ada'.

- Qadha
Qadha bermaksud ganti/bayar balik. Iaitu ibadah yang dikerjakan selepas atau diluar waktu yang ditetapkan. Contohnya solat Maghrib, kita tertinggal solat Maghrib (Samada sengaja atau tidak) lalu kita mengerjakan selepas waktu Maghrib, Ibadah ini dinamakan sebagai Qadha.

Berbalik pada soalan, Ali sedang mengerjakan solat Maghrib dan ketika rakaat ke-2, kedengaran azan masuk waktu Isyak. Apakah yang perlu Ali lakukan? Adakah solat maghribnya sah? Perlukah Ali qadha solat maghribnya?

Ini adalah pendapat Mazhab Syafi'ie. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa yang memperolehi 1 rakaat dari solat subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi 1 rakaat dari solat Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar" (Muttafaq Alaih)

1) Adakah solat Maghrib Ali sah? Apakah yang perlu Ali lakukan? Pertama sekali kita perlu lihat, adakah Ali sempat menyempurnakan 1 rakaat? Ketika masuk waktu Isyak tadi, Ali sedang membaca Al-Fatihah bagi rakaat ke-2, maka solatnya itu dianggap sebagai solat tunai (Ada'). Maka, solat Maghrib Ali adalah Sah, dan Ali Wajib untuk meneruskan solat Maghribnya sehingga selesai rakaat terakhir dan salam.

3) Perlukah Ali qadha solat maghribnya? Tidak perlu, kerana solatnya dianggap Tunai, maka tidak perlu di qadha kn.

Jika Ali tidak sempat menyempurnakan rakaat pertama, contohnya ketika Ali membaca Al-Fatihah selepas mengangkat takbirratul ihram, sudah masuk waktu Isyak, solatnya sah, tetapi dianggap solat Maghrib qadha.

JIKALAU Ali adalah seorang yang bermusafir yang dibenarkan Jamak solat, Ali TIDAK boleh menjamakkan Maghrib dengan Isyak lagi. KENAPE?? Kerana Ali sudah berada dalam waktu Isyak! Maka Ali perlulah menunaikan solat Isyak seperti biasa. Boleh di Qasarkan. Kalau dah lewat macam ni nak Jamak juga, Jamak lah di waktu Isyak dengan Jamak Takhir. Jgn lupe NIAT!

35 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih juga sudi melawat. Saya belum taraf ustaz lagi.. :-) sekadar berkongsi ilmu.

      Delete
  2. Ustaz contoh time tu kita dh nk bg salam tetiba masuk waktu isyak. Tk sempat nk bg salam. Sah ke ustaz. Sebenarnya sebelum tu dah masuk waktu maghrib. Saya nak tido jap tgk2 dh nk isyak. Diterima ke solat saya walaupun nmpk mcm sy melambat2kan solat tu.. ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum. Untuk menjawab soalan saudara/saudari ni, yang pertama:
      1) Tak sempat bagi salam, dah masuk waktu isyak. Hukumnya sah solat maghrib tersebut, tidak perlu di Qadha kerana telah pun selesai 3 rakaat. Seperti dijelaskan pada entry blog diatas, mengikut mazhab Syafie, jika telah sempurna sekurang2nya 1 rakaat sebelum masuk waktu, maka solat tersebut adalah sah & tidak perlu Qadha. Teruskan solat sehingga habis 3 rakaat & beri salam.

      2) Solat saudara/saudari diterima, InsyaAllah. Islam itu indah. Jika mahu mengerjakan solat, tapi kita terlalu mengantuk, digalakkan untuk tidur dahulu seketika, dengan syarat masih di awal waktu, sepertimana jika makanan telah terhidang, digalakkan untuk makan dahulu.

      Tetapi, harus ingat, terdapat 2 waktu yang tidak digalakkan untuk tidur,
      1) selepas waktu subuh sehingga terbit matahari. waktu dimana pintu rezeki dibuka.

      2) antara maghrib & isyak. hukumnya makruh. bukan xboleh, tapi kalau boleh jgn diamalkan. Insyallah.

      Harap penjelasan sy dapat membantu. Saya bukan ustaz pun, cuma sekadar berkongsi ilmu perkara yang dihadapi dalam kehidupan seharian yang kadang2 kita tidak pasti jawapannya.

      sekian, wasallam.

      Delete
  3. Assalamualaikum, sekiranya tidak sempat sempurnakan rakaat pertama, solat masih perlu diteruskan dn ianya sah, tapi dikira qadha kan...cuma kemusykilan perlukah diulang semula solat tersebut? Jazakallu khair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Sekiranya tidak sempat mencapai satu rakaat, maka dia dikira sebagai qadha’.Solat itu tetap diteruskan dan perlu untuk diri kita berisitighfar dan memperbanyakkan taubat atas kelalaian melewatkan solat sehingga hampir tamat waktunya. Tidak perlu diulang semula. Wallahu A’lam.

      Delete
  4. Assalamualaikum.
    Ustaz.
    Dikira peroleh rakaat pertama tu diukur macam mana ye.
    Adekah perlu selesai sujud pada rakaat pertama dan berdiri pada rakaat kedua atau
    Cuma sekadar sempat rokok pada rakaat pertama beserta Tama'ninah sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Pada pandangan saya, sempurna rakaat adalah apabila kita berdiri tegak (qiam) untuk rakaat ke-2. Ini juga kerana dalam 1 rakaat terkandung 5 dari 13 rukun solat. Saya akan cuba dapatkan sumber sohih untuk bagaimana peroleh 1 rakaat itu di ukur. Terima kasih atas soalan tuan untuk sy teruskan kajian.

      Delete
  5. alhamdulillah..akhirnya tau jugak

    ReplyDelete
  6. subahanallah ... akhirnya tau jugak hahaha

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya kesilapan itu membuat kita berilmu.. Amiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kesilapan, kita sama-sama belajar. InsyaAllah.

      Delete
  8. Salam ustaz, nak tny kalau rakaat pertama tu tgh nk bgun dri sujud utk angkat takhbir rakaat kedua ttbe azan ,sah x solat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Saya rakyat biasa, bukan ustaz. hehe. berkenaan perkara ini, saya sedang usahakan untuk mendapat penjelasan lebih tepat bagaimana mendapat 1 rakaat di ukur dan bagaimana di kira sah. Akan sy kongsikan bersama apabila sy mendapat penjelasan berkenaan perkara ini. Terima kasih.

      Delete
  9. apakah boleh solat maghrib sesudah azan isyak berkumandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh secara tunai. Azan menandakan masuk waktu solat bagi waktu tersebut. dalam contoh tuan, azan Isyak. Azan menandakan masuk waktu solat Isyak, maka solat maghrib perlu di qadha.

      Delete
    2. terima kasih penjelasan tuan .. mohon kongsi

      Delete
    3. Alhamdulillah, sama2. Dialu-alukan kongsi jika bermanfaat.

      Delete
    4. Alhamdulillah..dpt ilmu, tq tuan yg budiman ats perkongsian..mmg kita selalu mcm ni..huhu

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sama2. Dialu-alukan kongsi jika bermanfaat.

      Delete
  11. Assalamualaikum, saya ada soalan. Cth bagi mereka yg melewatkan lewatkan solat dan bila mereka solat , berada dirakaat kedua kemudian azan berkumandang, sah ke solat sebab melewatkan lewatkan dengan sengaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Solat tersebut dikira sah jika sudah selesai sekurang2nya 1 rakaat. Tetapi berdosa kerana solat hujung waktu yg hampir2 masuk waktu seterusnya adalah haram. Solat tetap sah, tetapi perbuatan tersebut haram, dikira berdosa juga. Wallahualam. Cik boleh baca atau lihat di youtube berkenaan hukum solat hujung waktu. Terdapat waktu2 fadhilat, harus, makruh, haram. Harap sedikit sebanyak dapat membantu.

      Delete
  12. Salam..nk tnya mcm mna pula klau ssorang itu bermusafir dan ketika dia sedang solat jamak takdim serta qasar pada rakaat kedua solat isyak, tiba2 azan waktu isyak berkumandang. Adakah sah solatnya itu?

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah terjumpa post ni masa 2020. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Saya doakan, tuan dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sama2. Harap dpt membantu. Sama2 kita menambah ilmu dan perbaiki diri. InsyaAllah.

      Delete
  14. Assalamualaikum. Nak tanya .. Saya ni tertidur sewaktu maghrib lpstu ada lagi 10 minit sebelum masuk wktu isyak. Saya cepat2 membersihkan diri dan ambil wudhuk. Lagi 2 minit nak masuk isyak, saya cepat2 pakai telekung dan terus solat. Saya was2 sebab dah rakaat ketiga hmpir mmberi salam baru masjid melaungkan azan isyak. Tak mungkin saya solat 3 minit shaja. Mungkin masjid terlambat melaungkan azan dan saya tidak tahu sama ada saya sempat membaca al fatihah di rakaat pertama atau tak. Kalau was2 macam ni sah tak solat saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Solat cik dikira sah kerana ketika dilakukan solat, masih dlm waktu maghrib. Solat cik dikira tunai jika sempurna sekurang2nya 1 rakaat dalam waktu maghrib. Jika tidak sempat 1 rakaat, dikira qada'. Solat tetap sah, tidak perlu dibatalkan atau dilakukan semula. Ada juga masjid/surau yg kadangkala azan isyak edikit lewat kerana ada kuliah/ceramah. Tidak perlu was2 cuma harap dpt dielakkan situasi begini kelak. Harap dpt membantu sedikit sebanyak. InsyaAllah.

      Delete
  15. Assalamualaikum. Saya ambik wudhuk cuma berniat utk solat fardhu Maghrib. Sudah selesai solat fardhu Maghrib saya terus menerus baca doa doa untuk pelindung diri & keluarga. Dan juga berdoa dan berhajat sesuatu utk diri sendiri. Oleh kerana byk berdoa saya dah masuk waktu Fardhu Isyak. Boleh kah saya teruskan dgn solat fardhu Isyak tanpa ambik wudhuk lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Tiada masalah. Memadai untuk tuan meneruskan untuk menunaikan solat fardhu isyak dengan wudhuk yang sama asalkan tidak berlaku hadas.

      Bagaimanapun, disunatkan untuk berwudhuk semula walaupun tuan masih dalam keadaan berwudhuk kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW.

      Semoga dapat membantu sedikit sebanyak.

      Delete
    2. Assalamualaikum semua, Jika saya sedang qada zuhur, azan Maghrib didengar, adakah solat qada zuhur sah?

      Delete
    3. Wa'alaikumussalam tuan Asseri. Tiada masalah walaupun kedengaran azan Maghrib. Qada Zuhur tersebut adalah sah kerana Solat tersebut adalah solat Qada, iaitu solat ganti.

      Delete